Kriteria Penerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)
Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan
Kuala Lumpur : Bermula hari ini, Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) akan dinaikkan dari RM250 kepada RM300 sebulan. Seramai 35,000 nelayan telah dibayar setakat hari ini. Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) elaun yang telah dibayar adalah untuk bulan Januari.Tambahnya lagi, elaun yang diberikan selaras dengan usaha kerajaan untuk menjaga nasib nelayan di negara ini. Secara tidak langsung, ESHN dapat mengurangi beban hidup nelayan terutamanya didalam menghadapi wabak Covid-19 dan musim tengkujuh yang dijangka berlangsung sehingga Mac tahun depan.
Kriteria Penerima Elaun
Di dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan, sejumlah RM151 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk melaksanakan program bantuan nelayan termasuk program ESHN. Pada tahun 2020, sejumlah 35, 894 nelayan telah menerima pembayaran ESHN dengan jumlah keseluruhan RM101,834,732.
ESHN adalah program bantuan kewangan yang diberikan setiap bulan kepada pemilik kapal dan kru (anak kapal) yang berkelayakan dan telah berdaftar. Nelayan yang memenuhi kriteria seperti nelayan Malaysia yang mempunyai lesen kapal yang sah dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Kriteria ini juga termasuk kategori pemilik kapal nelayan di Zon A, B, C dan C2
Sumber : Berita Harian Online
Ulasan
Catat Ulasan