'Merpati Pelangi' Raih Rezeki Berganda Buat Ismail
TUMPAT: Percubaan seorang peniaga mewarnakan burung merpati miliknya dengan warna pelangi membuka pintu rezeki berganda apabila keunikan 'merpati pelangi' tersebut menjadi tumpuan ramai seterusnya meningkatkan jualan. Peniaga burung merpati dan ayam serama, Ismail Che Daud, 55, berkata idea untuk mengusahakan merpati pelangi itu timbul apabila perniagaannya kurang mendapat sambutan sejak musim tengkujuh tahun lepas. Beliau berkata bulu merpati yang lazimnya satu tona warna sahaja iaitu sama ada putih, coklat atau hitam lama-kelamaan dilihat biasa sekali gus tidak menarik perhatian pembeli. "Justeru, saya mula memikirkan usaha untuk menarik perhatian pembeli memandangkan jualan sejak musim tengkujuh mula merosot hanya dua hingga empat ekor merpati sahaja mampu dijual sehari. "Dari situ, timbul idea untuk mula mewarnakan merpati bagi menarik perhatian pelanggan dengan campuran antara dua hingga tiga warna pada setiap ekor burung sekali gus ia menjadi merpati pelangi,...